PPKI SK TAMAN DUSUN NYIOR
SATU HATI TEMPA REALITI
Friday, 7 December 2012
Wednesday, 31 October 2012
Perkhemahan Sehari Bersama Pengakap 2012
Perkhemahan Sehari Bersama Pengakap telah diadakan pada 31 Oktober 2012. Semua murid terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan khemah tercantik, gajet terbaik dan pertandingan membuat sandwich. Pertandingan telah diadili oleh Guru Besar, En Baharin B Mohd Sari sebagai jemputan khas dan Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Maznah Bt Mohd Nor.
Thursday, 26 July 2012
Terapi Pasir dan Lawatan ke Ostrich Farm di Port Dickson
Terapi Pasir telah diadakan pada 24 April 2012 di pantai Port Dickson. Antara aktiviti terapi adalah pertandingan membuat 'Sand Castle' antara murid-murid dengan bantuan guru-guru dan PPM. Selepas aktiviti terapi, kami bertolak ke Ostrich Farm. Selain daripada mendapat pengalaman memberi makan kepada burung unta, murid-murid juga dapat melihat haiwan-haiwan lain yang terdapat di situ seperti kambing, arnab, monyet dan itik. Murid-murid juga berpeluang menyentuh dan memijak telur burung unta di sini.
Tuesday, 24 July 2012
Bengkel Interaktif Seramik 2012
Bengkel Interaktif Seramik dengan kerjasama FKF Enterprise telah diadakan pada 9 dan 21 Mac 2012 di Anjung Ilmu PPKI, SKTDN. Bengkel ini diadakan sebanyak dua sesi kerana ia melibatkan aktiviti menghasilkan produk pada sesi pertama dan mewarna produk pada sesi kedua.
Wednesday, 11 July 2012
Bowling dan City Park 2012
Murid-murid telah dibawa ke City Park untuk aktiviti senaman pagi dan beriadah di taman permainan. Selain menikmati pemandangan yang indah, murid dapat memberi makan kepada ikan-ikan yang dipelihara di tasik tersebut. Setelah itu murid-murid di bawa ke Seremban Parade untuk aktiviti bowling.
Wednesday, 29 June 2011
Projek Penternakan Ikan Keli PPKI SKTDN 2011
26.05.2011 Merata Tapak
16.06.2011 Membina Bingkai
20.06.2011 Mengecat Bingkai
24.06.2011 Memasang Kanvas
25.06.2011 Mengisi Air
27.06.2011
Upacara Melepaskan Anak Ikan Keli
Pn. Aznah Binti Mohd Jani
GPK Pendidikan Khas SK Taman Dusun Nyior
Subscribe to:
Posts (Atom)