Aktiviti "Living Skills" Bowling dan menonton wayang di Jusco S2 telah diadakan pada 14 Jun 2011, Selasa. Kami bertolak dari sekolah pada jam 0930 pagi dan tiba di Jusco S2 pada jam 0950 pagi. Aktiviti dimulai dengan permainan bowling, seterusnya menonton filem "Kung Fu Panda 2". Selepas makan tengahari, kami bertolak pulang ke sekolah dan tiba pada jam 1530 petang.
Bengkel Interaktif Seramik bersama FKF Craft telah diadakan pada 21 April 2011,Khamis yang melibatkan seramai 26 pelajar PPKI SKTDN. Produk yang dihasilkan adalah "Pen Holder". Bengkel ini amat menarik kerana ia memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid.