Wednesday 31 October 2012

Perkhemahan Sehari Bersama Pengakap 2012

Perkhemahan Sehari Bersama Pengakap telah diadakan pada 31 Oktober 2012. Semua murid terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan khemah tercantik, gajet terbaik dan pertandingan membuat sandwich. Pertandingan telah diadili oleh Guru Besar, En Baharin B Mohd Sari sebagai jemputan khas dan Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Maznah Bt Mohd Nor.



















Thursday 26 July 2012

Terapi Pasir dan Lawatan ke Ostrich Farm di Port Dickson

Terapi Pasir telah diadakan pada 24 April 2012 di pantai Port Dickson. Antara aktiviti terapi adalah pertandingan membuat 'Sand Castle' antara murid-murid dengan bantuan guru-guru dan PPM. Selepas aktiviti terapi, kami bertolak ke Ostrich Farm. Selain daripada mendapat pengalaman memberi makan kepada burung unta, murid-murid juga dapat melihat haiwan-haiwan lain yang terdapat di situ seperti kambing, arnab, monyet dan itik. Murid-murid juga berpeluang menyentuh dan memijak telur burung unta di sini.



 


Tuesday 24 July 2012

Bengkel Interaktif Seramik 2012

Bengkel Interaktif Seramik dengan kerjasama FKF Enterprise telah diadakan pada 9 dan 21 Mac 2012 di Anjung Ilmu PPKI, SKTDN. Bengkel ini diadakan sebanyak dua sesi kerana ia melibatkan aktiviti menghasilkan produk pada sesi pertama dan mewarna produk pada sesi kedua.











Wednesday 11 July 2012

Bowling dan City Park 2012

Murid-murid telah dibawa ke City Park untuk aktiviti senaman pagi dan beriadah di taman permainan. Selain menikmati pemandangan yang indah, murid dapat memberi makan kepada ikan-ikan yang dipelihara di tasik tersebut. Setelah itu murid-murid di bawa ke Seremban Parade untuk aktiviti bowling.

Wednesday 29 June 2011

Projek Penternakan Ikan Keli PPKI SKTDN 2011

26.05.2011 Merata Tapak



16.06.2011 Membina Bingkai




20.06.2011 Mengecat Bingkai



















24.06.2011 Memasang Kanvas


25.06.2011 Mengisi Air


27.06.2011
Upacara Melepaskan Anak Ikan Keli
Pn. Aznah Binti Mohd Jani
GPK Pendidikan Khas SK Taman Dusun Nyior